Kajian terperinci mengenai kaedah dan pendekatan bagi mengirangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota yang semakin kritikal kini sedang dilakukan.
Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah penyelarasan sistem lampu isyarat dan juga sistem pengurusan parkir yang menghalang lalu lintas.
.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia adalah bagi memastikan kelancaran trafik masuk atau keluar bandar supaya kesesakan dapat dikurangkan.
"Sistem lampu isyarat di pusat bandar kini diuruskan oleh dua syarikat berbeza, dua syarikat ini mesti mempunyai komunikasi yang baik untuk selaras (syncronize) dalam memastikan trafik sama ada masuk atau keluar bandar tidak tersekat di mana-mana laluan.
"Kalau ada keperluan mendesak, ada kemungkinan untuk tidak lagi gunakan dua sistem berbeza," katanya.
.
Menurutnya lagi, keadaan lalu lintas di ibu kita dipantau dan diuruskan unit Kuala Lumpur Comand and Control Centre (KLCCC) DBKL yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS).
.
Selain itu, kemasukan kenderaan berat ke pusat bandar, situasi peniaga yang membuka perniagaan di lokasi yang tidak dibenarkan serta sikap pengguna jalan raya juga akan diperhalusi.
"Saya tidak memberi jaminan kesesakan lalu lintas akan selesai 100 peratus, namun ini untuk mengurangkan daripada masalah ini bertambah teruk dan berlarutan," katanya.
Sumber: [1]