Astro Lancar Ulti Box, Kotak TV Generasi Baharu Pada Resolusi HD

Jika sebelum ini pelanggan Astro ditawarkan dengan kemampuan penstriman kandungan 4K pada Astro Ultra Box, kali ini pelanggan yang hanya mempunyai kandungan HD boleh menikmati pelbagai kandungan menarik pada kotak TV generasi terbaru Astro, iaitu Ulti Box.

astro lancar ulti box, kotak tv generasi baharu pada resolusi hd
 
Rekaan mirip dengan Ultra Box, ia masih mempunyai ciri mengakses saluran satelit Astro dan kandungan VOD kerana Ulti Box juga menyokong penstriman menggunakan WiFi.
astro lancar ulti box, kotak tv generasi baharu pada resolusi hd
 
Malah, sistem storan awanan bagi kandungan yang dirakam serta ciri Play From Start turut boleh diakses pengguna Ulti Box ini.

 
Bagi menukar ke Ulti Box untuk pakej bawah RM100, pelanggan Astro sedia ada hanya perlu membayar RM49 sahaja manakala pelanggan baharu perlu membayar kos pemasangan sebanyak RM99. Namun bagi pelanggan pakej melebihi RM100, Astro menyarankan penukaran ke Ultra Box yang mampu menawarkan kandungan pada resolusi lebih tinggi. Untuk terma dan syarat lengkap, sila ke pautan ini >ASTRO ULTI BOX