Penyanyi, As’ad Motawh, 21, akui serik dan tidak akan lagi berkongsi sebarang foto atau video yang menunjukkan tubuh badannya di media sosial.
Menurut As’ad, beliau kini sedar tindakan itu tidak mendatangkan faedah dan perlu dihentikan.
“Kalau pengikut Instagram saya perasan, Kebelakangan ini saya sudah tidak lagi menghasilkan kandungan-kandungan sebegitu.
“Saya sedar ia adalah tindakan yang tak elok. Jadi saya belajar daripada kesilapan.
“Masa muda dulu, memang seronok tunjuk badan di media sosial. Sekarang, saya rasa tidak perlu,” katanya.
Ujar As’ad, beliau akui ada menerima gangguan seksual kerana menayangkan badan di Instagram.
“Memang ada (gangguan seksual). Itu antara sebab kenapa saya mahu berhenti ‘tayang badan’ di media sosial.
“Gangguan yang diterima terlalu banyak. Tapi bagi saya ia tak penting dan tak perlu untuk saya mengingatinya,” jelasnya lagi.
Sumber: Utusan Online