Pelakon veteran, Norlia Ghani mendedahkan kepada umum perbezaan cara artis zaman dahulu dengan masa kini dalam menerima publisiti daripada media.
Menurut beliau, berbeza dengan zaman dahulu, artis zaman sekarang lebih ramai suka membuka aib sendiri khasnya di media sosial.
“Saya rasa, ketika zaman surat khabar dan majalah dahulu, peribadi kita lebih terjagalah.
“Kalau reporter dulu, walaupun dia tahu kita ni ada gosip, tapi mereka tidaklah meletakkan isu berkenaan secara terang-terang, sebab mereka mahu menulis.
“Tapi sekarang ni, kadang-kadang reporter tak tulis, artis sendiri yang keluarkan. Buat live memberitahu perihal dirinya. Kualiti artis tu…jauh beza,” katanya.
Disebabkan ada segelintir artis yang berbuat demikian, ujarnya selebriti lain turut menerima kesan yang sama.
Bagaimanapun beliau menambah perkara sedemikian tidak boleh menyalahkan media semata-mata kerana sikap segelintir artis yang membuka aib mereka sendiri.
Sumber: Murai / Gempak