Pelakon, Aprena Manrose, 30, meminta pengikutnya di media sosial agar tidak mencontohi dirinya jika ada sikap atau tindakan buruk dilakukan beliau.
Menerusi hantaran di Instagram, Aprena sebelum ini pernah dikecam gara-gara tampil memakai hoodie tetapi menampakkan bahagian leher yang merupakan auratnya.
Ujar Aprena, beliau meminta maaf dan sedar dirinya hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan, selain turut berterima kasih pada yang membuat teguran.
"Saya hanya manusia biasa. Yang baik, silalah ikut. Yang tak baik daripada saya, janganlah kamu ikut.
"Apapun, terima kasih menyayangiku seadanya. Tegur kerana sayang. Jika benar sayang, tengoklah saya mengaji, akan keluar Ramadan nanti," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus kekal istiqamah dalam menjaga aurat sebagai seorang wanita Muslimah.
Sumber: Instagram Aprena Manrose