Pernah Gagal IVF, Aprena Manrose Kini Reda Soal Anak, “Tiada Zuriat Pun Takpa”

Selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose dan suami, Mohd Afiq Hazman mengakui mereka kini dalam rasa redha untuk mendapatkan anak.

pernah gagal ivf, aprena manrose kini reda soal anak, “tiada zuriat pun takpa”

Menurut pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, beliau bukanlah berputus asa untuk mendapatkan anak, namun yakin dengan ketentuan Allah SWT.

 

“Kalau bercakap soal zuriat ni, saya buat Persenyawaan In Vitro (IVF) kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.

“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya dan ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.

“Kemudian kami lebih kepada reda dan pasrah, tiada zuriat pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak di akhirat sana,” katanya kepada HibGlam.

pernah gagal ivf, aprena manrose kini reda soal anak, “tiada zuriat pun takpa”

Tambahnya lagi, beliau dan suami akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata secara semula jadi sementara jadual kerjanya tidak terlalu padat.

 

“Saya yakin Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tiada cuti.

“Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih santai sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan sukar hamil, ditambah hormon tak betul.

“Jadi, bila dah ada masa sekarang, insya-Allah, kalau semua cara rawatan tak menjadi, kita boleh cuba cara alami. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai,” kata Aprena yang mendirikan rumahtangga bersama suami sejak 2016.

 

Sumber: HIB Glam