Pelakon, Anzalna Nasir dilapor sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh di tandas dekat kediamannya, Sabtu lalu.
Akibat daripada insiden ini, pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 35, telah mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk.
Ketika kejadian, mujur suaminya ada di rumah dan beliau segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan serta rawatan.
“Jatuh di tandas pada Sabtu lalu dan nasib baik suami juga ada di rumah ketika itu.
“Sekarang terlantar di hospital kerana kecederaan bahagian leher,” katanya.
Pada masa sama, Anzalna juga sudah melakukan ujian MRI namun keputusannya masih belum diperolehi.
Terdahulu, suaminya Hanif Zaki berkongsi perkembangan Anzalna yang berada di atas kerusi roda selain turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Akan sentiasa dengan awak. Tolong doakan Anzalna ya semua.
“Semoga diberikan kesembuhan seperti biasa, sayang awak,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Sumber: Instagram