Terpaksa Sedut Nebulizer Masa Konsert, Anuar Zain Berjaya Hibur 8,000 Peminat di Stadium Malawati

Penyanyi, Anuar Zain berjaya menghiburkan kira-kira 8,000 peminat yang hadir di Stadium Malawati, Shah Alam, pada konsertnya, Anuar Zain 40th Anniversary, pada Sabtu lalu.

terpaksa sedut nebulizer masa konsert, anuar zain berjaya hibur 8,000 peminat di stadium malawati

Meskipun beliau akui kecewa apabila suaranya hilang dek kerana mengalami demam dan batuk yang teruk seminggu sebelum konsert, beliau tetap meneruskan nyanyian dan persembahan demi peminat tersayang.

 

Disebabkan itu juga, Anuar, 53, dilihat sukar untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dan terpaksa menggunakan nebulizer sepanjang konsert untuk memulihkan kembali pernafasannya setiap kali selesai menyanyi.

 

“Rasanya tak pernah dibuat penyanyi lain apabila terpaksa sedut nebulizer ketika menyanyi. Walaupun saya hampir kehilangan suara, tapi semangat saya kuat untuk selesaikan konsert ini.

“Apa pun yang terjadi, persembahan tetap perlu diteruskan. Melihat peminat yang datang menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan persembahan,” jelasnya.

 

@sinar_my Anuar Zain tetap kuat hiburkan peminat malam ni biarpun kurang sihat! Tapi jangan risau, keadaan BangNuar kita baik-baik saja 『 Anuar Zain 40th Anniversary Concert 』 #SINARKongsi #LiveUpdateSINAR #AZ40 #AnuarZain #AnuarZain40thAnniversaryConcert ♬ original sound - SINAR

 

Malah, Anuar juga bersyukur kerana konsertnya berjaya berjalan dengan lancar walaupun berdepan dengan masalah sedemikian.

terpaksa sedut nebulizer masa konsert, anuar zain berjaya hibur 8,000 peminat di stadium malawati

Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam itu menyaksikan penyanyi ini melantunkan 20 buah lagu seperti Lelaki Ini, Sedetik Lebih, Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

 

@era.je Perpisahan!! Lagu fav zaman sekolah dulu weh. 😍 #SharERA #AZ40 #AnuarZain40thAnniversaryConcert #AnuarZain ♬ original sound - ERA

 

 

@era.je Lagu yang ditunggu-tunggu semua peminat @anuarzain70 . Sedetik Lebih! 😍 #sharERA #AZ40 #AnuarZain #AnuarZain40thAnniversaryConcert ♬ original sound - ERA

 

 

@era.je Penutup untuk konsert Anuar Zain 40th Anniversary Concert!! Harap korang semua terhibur! Jumpa lagi di konsert akan datang 😁🙌🏻 #sharERA #AZ40 #AnuarZain #AnuarZain40thAnniversaryConcert ♬ original sound - ERA

 

Selain Anuar, beberapa rakan artis turut dilihat hadir memberi sokongan antaranya kakak beliau sendiri, Ziana Zain, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Rozita Che Wan serta anak saudaranya, Ernie Zakri dan suami, Syamel.

 

@sinar_my Comelnya Ziana Zain pun sempoi menari sekali sokong Anuar Zain malam ni 😍🌹 『 Anuar Zain 40th Anniversary Concert 』 #SINARKongsi #LiveUpdateSINAR #AZ40 #AnuarZain #AnuarZain40thAnniversaryConcert ♬ original sound - SINAR

 

Sumber: Kosmo!

Video: ERA / SINAR