Anna Jobling Tak Sangka Tersenarai 100 Wanita Tercantik Dunia

Model, pelakon dan pengacara jelita, Anna Jobling kini semakin dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa drama TV.

anna jobling tak sangka tersenarai 100 wanita tercantik dunia

Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang kini berusia 21 tahun itu meluahkan rasa terkejut apabila namanya baru-baru ini telah tersenarai dalam 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022).

.

Pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman juga merupakan calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan anjuran TC Candler tahun ini.

anna jobling tak sangka tersenarai 100 wanita tercantik dunia

Anna yang sama sekali tidak menyangka akan tersenarai dalam kumpulan itu menyifatkan ia satu perkara yang cukup menakjubkan lebih-lebih lagi apabila namanya sebaris dengan para jelitawan lain dari seluruh dunia.

.

“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut dan tidak menyangka apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia.

“Terima kasih sangat-sangat,” ujarnya.

.

Menurut Anna, padanya kecantikan dalaman adalah lebih penting jika dibandingkan dengan kecantikan luaran.

.

“Kalau seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya,” ujar Anna.

.

Selain Anna, turut tersenarai dalam 100 Most Beautiful Faces of 2022 adalah Jisoo, Ylona Garcia, Camilla Belle, Kiko Chan dan Momona Tamada.

anna jobling tak sangka tersenarai 100 wanita tercantik dunia

Sumber: [1]