Padam Foto Meerqeen, Anna Jobling Enggan Ulas Lanjut, “Dia Tak Ada Kena Mengena Dengan Anna..”

Pelakon, Anna Jobling baru-baru ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas dikatakan memadam semua gambar Meerqeen di Instagram miliknya.

padam foto meerqeen, anna jobling enggan ulas lanjut, “dia tak ada kena mengena dengan anna..”

Perkara itu hangat diperkatakan apatah lagi ketika timbul dakwaan kononnya aktor terbabit dilihat bercumbu dengan seorang aktres wanita yang juga merupakan tunang kepada seorang pelakon yang cukup dikenali di negara ini.

 

Menurut laporan Gempak, Anna Jobling akhirnya bersuara dan menegaskan yang dia kini hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan perkara yang belum dicapai olehnya dalam hidup.

 

“Sebenarnya Anna tak ada komen apa apa pasal apa yang berlaku. Anna sendiri tak tahu details, tak tahu apa yang terjadi. Anna dekat sini jalani penggambaran saja sepanjang masa,” kata Anna.

padam foto meerqeen, anna jobling enggan ulas lanjut, “dia tak ada kena mengena dengan anna..”

Dalam pada itu, Anna juga enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya memadam semua gambar Meerqeen dan statusnya di X juga tiada mengena dengan sesiapa.

 

 

“Anna rasa macam ini kali terakhir yang Anna akan jawab isu yang melibatkan dia. Bukan tanggungjawab Anna untuk cakap mewakili dirinya. Dia tak ada kena mengena dengan Anna,” kata Anna lagi.

 

Kredit: Gempak