“Saya Pernah Kena Curang Beberapa Kali,” Anna Jobling Akui Takut Nak Kahwin

Pelakon jelita, Anna Jobling akui wujud rasa takut untuk berumahtangga selepas mempunyai pengalaman dicurangi bekas kekasihnya sebelum ini.

“saya pernah kena curang beberapa kali,” anna jobling akui takut nak kahwin

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, pengalaman itu membuatkannya lebih selesa hidup sebagai ‘single’, berbanding mempunyai pasangan.

 

“Perkara (curang) ni buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.

“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya todak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya.

“saya pernah kena curang beberapa kali,” anna jobling akui takut nak kahwin

Ujarnya lagi, beliau juga lebih selesa merahsiakan kisah peribadinya dan membiarkan orang ramai terus berteka-teki mengenainya.

“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.

“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” kata beliau lagi.

 

Malah, Anna juga mengakui tidak suka dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.

 

“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” ujar Anna lagi.

 

Sumber: Kosmo!