Anna Jobling Syukur Berjaya Dapat Lesen Memandu, Siap Potong Kek Raikan Kejayaan

Pelakon, Anna Jobling meluahkan rasa syukur kerana berjaya memperoleh lesen memandu selepas dua tahun menanti.

anna jobling syukur berjaya dapat lesen memandu, siap potong kek raikan kejayaan

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, beliau amat menantikan momen ini memandangkan kekangan masa dan jadual seninya yang sangat ketat sepanjang dua tahun itu.

 

Ujarnya, walaupun sesetengah pihak mungkin menganggap itu sebagai perkara biasa, beliau tetap meraikannya kerana ia adalah simbolik kepada hidup berdikari.

 

"Saya memang dah lama merancang nak ambil lesen memandu. Memandangkan saya memang mahu memandu dan memiliki kereta sendiri, tapi itulah, dua tahun baru ada masa.

"Bagi orang lain mungkin ia perkara biasa yang tak perlu dihebahkan. Tapi bagi saya ia sangat bermakna apatah memang sudah lama menantikannya.

"Rasa seperti sudah dewasa pula bila boleh memandu sendiri. Sebelum ini saya sentiasa ditemani ibu atau pengurus," katanya.

 

Anna menerusi Insta Story berkongsi momen memotong kek dengan huruf ‘P’ sebagai simbolik kepada Lesen Memandu Percubaan yang diperolehnya, baru-baru ini.

anna jobling syukur berjaya dapat lesen memandu, siap potong kek raikan kejayaan

Tambah beliau, sudah lama dia merancang untuk menduduki ujian lesen memandu, namun dek kerana jadualnya yang ketat, membuatkan ia tertangguh sehingga dua tahun.

 

Anna juga sudah membeli kereta pertamanya pada April lalu, walaupun masih belum mempunyai lesen pada ketika itu. Kereta itu kemudian dihadiahkan kepada ibunya, Azni Raihana Arop.

 

Sumber: HMetro