“Ada Kemungkinan Saya Menetap Di Sana” - Anna Jobling Buka Mulut Tentang Pindah Ke Indonesia

Pelakon jelita, Anna Jobling tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke Indonesia demi mengembangkan kerjaya lakonannya.

“ada kemungkinan saya menetap di sana” - anna jobling buka mulut tentang pindah ke indonesia

Namun, kongsi Anna, 22, dia tidak meletak sebarang harapan tinggi dan memilih untuk berserah pada rezeki.

“Pindah sana untuk kerja boleh dipertimbangkan tetapi untuk menetap selama-lamanya di Indonesia, mungkin tidak.

“Namun, saya pun tak tahu rezeki yang akan diberikan Tuhan. Ada kemungkinan untuk saya menetap dan bekerja di sana tetapi pastinya akan kerap pulang ke tanah air memandangkan keluarga semuanya di Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya ia benar-benar terealisasi, dia perlu mempertimbangkan situasi berjauhan daripada keluarganya.

“Keluarga semua di sini dan tak boleh nak tinggal di sana lama-lama.

 

“Sebelum ini saya ke England pun, rasa tak sabar nak pulang ke tanah air,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas finalis Dewi Remaja 2018 itu mengaku yang pemergiannya ke Indonesia baru-baru ini adalah untuk mengintai serta berbincang beberapa tawaran melibatkan kerjayanya di negara tersebut.

“Ya, selain memenuhi jemputan stesen televisyen, kami juga ada berbincang untuk beberapa projek akan datang.

“Ibaratnya kami ke sana seperti ‘test water’,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo