Nampak Macam Bercinta? Anna Jobling Dedah Status Sebenar Bersama Meerqeen

Sejak drama lakonan mereka menjadi bualan ramai, netizen sudah mula mengesyaki Meerqeen dan Anna Jobling sedang hangat bercinta.

nampak macam bercinta? anna jobling dedah status sebenar bersama meerqeen

Ia dikuatkan lagi dengan beberapa foto serta video pasangan ini dilihat mesra baik di tempat kerja mahupun diluar.

 

Anna Jobling, 22, bagaimanapun menolak dakwaan wujud hubungan istimewa antara dia dan Meerqeen, sebaliknya mereka hanya berkawan baik dan profesional dalam menjalankan tugas.

 

“Cerita ini timbul mungkin disebabkan keserasian kami terlalu kuat sebagai pasangan di layar perak.

“Saya jelaskan di sini, kami profesional, rapat dan hubungan kami hanya atas dasar kerja,” jelasnya.

nampak macam bercinta? anna jobling dedah status sebenar bersama meerqeen

Pada masa sama, Anna turut meluahkan rasa syukur kepada peminat yang tidak putus memberikan sokongan kepada drama berkenaan. Beliau juga terharu hingga ada peminat yang wujudkan hashtag untuk watak mereka dalam drama tersebut.

 

“Saya bersyukur dengan keprihatinan mereka.

“Tidak timbul rasa rengsek atau penat melayan peminat kerana bukan semua orang dapat peluang seperti ini. Jadi kami cukup menghargai mereka,” jelasnya.

 

Sumber: Utusan