Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan isu seorang pempengaruh yang juga pelakon berusia 24 tahun, dikatakan bercinta dengan bekas teman lelaki kawan baiknya sendiri.
Baca: Kecoh Isu Sondol Ex-Boyfriend Kawan Baik, Warganet Kecam Cupcake Aisyah
Perkara itu mendapat perhatian ramai warganet, termasuk dalam kalangan selebriti seperti pelakon jelita, Anna Jobling.
Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, beliau tidak berasa risau dengan kawan baiknya sendiri kerana mereka tidak mempunyai citarasa yang sama terhadap lelaki.
“Alhamdulillah, saya dan kawan baik saya mempunyai cita rasa yang berbeza terhadap lelaki, jadi kami tidak perlu risau,” ujar Anna dalam satu hantaran di X.
Meskipun tidak menyebut berkenaan isu yang melanda antara dua pempengaruh itu, rata-rata warganet percaya ia adalah merujuk kepada gosip tersebut.
Sumber: X