Angel DOLLA Dedah Pernah Diserang Peminat Fanatik Nadhir Nasar

Beberapa minggu lalu, tular gosip yang mengaitkan pelakon Projek: High Council, Nadhir Nasar sedang hangat bercinta bersama salah seorang ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel.

angel dolla dedah pernah diserang peminat fanatik nadhir nasar

Baca: “Betul Ke Nadhir Nassar Bercinta Dengan Angel DOLLA?,” Netizen Mula Spekulasi

 

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Angelina Chai Ka Ying ini, hubungannya bersama Nadhir hanya kawan seindustri dan berhubung menerusi media sosial serta ia tidak lebih daripada itu.

angel dolla dedah pernah diserang peminat fanatik nadhir nasar

"Kami hanya kawan, berbalas komen di media sosial tidak bermakna apa-apa. Ia hanyalah tindakan antara kawan. Jujurnya, kami hanya berkawan di sosial media.

"Apatah lagi, kami juga tidak pernah lepak bersama. Kami kenal sejak berjumpa dalam program hiburan Meletop, di mana kami menjayakan 'dance challenge'. Bermula dari situlah, mula mengenali antara satu sama lain.

"Kalau berjumpa di majlis, kami akan tegur antara sama lain. Dan saya tidak menafikan, kami berdua harap kami akan ada projek bersama. Jadi, kami dapat menimba pengalaman bekerjasama," katanya.

 

Angel dalam pada lain turut mengakui pernah diserang peminat wanita pelakon itu, namun beliau tidak mengambil hati dengan tindakan mereka.

 

"Ya ada (diserang peminat Nadhir), tapi saya memahami perkara itu kerana sebagai peminat wanita pastinya kita prihatin dengan artis kesayangan kita. Saya faham perasan mereka. Tapi tidaklah ramai yang menyerang dan saya okay saja," katanya.

 

Sumber: HMetro