Angah Cerita Perangai Pelik Jep Masa Tidur, “Takde Bantal, Janji Kena Ada Selimut..”

Pagi Di SINAR adalah antara program daripada jenama SINAR yang mendapat jumlah pendengar yang tinggi setiap pagi, dari Isnin hingga Jumaat.

 

Baru-baru ini, Angah telah membuka satu cerita mengenai Jep, atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.

angah cerita perangai pelik jep masa tidur, “takde bantal, janji kena ada selimut..”

Menurut Angah, beliau pernah melihat Jep akan tidur dalam keadaan berselubung dengan selimut, tanpa membuka kipas dan juga air-cond, tambah pula pada ketika itu adalah waktu tengah hari.

 

“Waktu tengah hari, waktu panas, dia (Jep) duduk dalam bilik, dia tidur berselimut. Tak buka kipas, tak buka air-cond. Kau rasa macam mana?”, kata Angah.

 

Jep, 37, turut menceritakan beliau boleh sahaja tidur dalam keadaan panas tengah hari dan berselubung dalam selimut.

 

“Saya kalau tidur tak perlukan bantal, saya perlukan selimut. Jadi apa jua situasi, selimut itu lebih buatkan saya rasa selesa. Bantal takpe, saya boleh beralaskan lengan,” kata Jep.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Perkongsian Jep itu turut mendapat perhatian warganet yang senada dengannya, wajib perlu ada selimut untuk tidur berbanding bantal.

angah cerita perangai pelik jep masa tidur, “takde bantal, janji kena ada selimut..”

Sumber: Instagram SINAR