Anak Bujang Zainal Abidin Beri Bayangan Tak Setuju Bapa Kahwin Dua

Salah seorang anak kepada bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin memberi bayangan seperti tidak setuju tindakan bapanya bernikah kali kedua.

 

Zaifiq Zainal menerusi Facebook berkata, tidak semua apa yang dilaporkan media mengenai perkahwinan bapanya dengan penyanyi, Fyna Jebat adalah benar dan sahih.

anak bujang zainal abidin beri bayangan tak setuju bapa kahwin dua

“Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media. Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju (dengan apa yang berlaku),” tulisnya menerusi Facebook.

 

Zaifiq juga telah berkongsi sekeping foto menunjukkan adik-beradiknya mencium pipi ibu yang selama ini telah membesarkan dan mendidik mereka.

anak bujang zainal abidin beri bayangan tak setuju bapa kahwin dua

“Biar gambar berbicara,” demikian kapsyen anak bujang Zainal Abidin ini.

 

Sumber: Facebook / Kosmo!