“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?”, Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Anak

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui terkedu apabila anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanyakan soalan tentang status bapanya, Syamsul Yusof.

“mama betul ke ayah kahwin lain?”, puteri sarah terkedu dengar soalan anak

Menurut Sarah, anaknya itu ada bertanyakan sama ada bapa mereka memiliki individu lain dalam kehidupannya.

 

“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul asked me, ‘mama betul ke ayah kawin lain?’

“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? How do u answer to a 6-year-old boy? I’m speechless,” tulisnya.

.

Dalam hantaran sama, beliau turut menasihatkan lelaki diluar sana agar berfikir panjang soal poligami.

 

“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak maksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?

“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?

“Lelaki-lelaki kat luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tegasnya.

“mama betul ke ayah kahwin lain?”, puteri sarah terkedu dengar soalan anak

Terdahulu, berlaku konflik rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu, sebelum Syamsul sendiri membuat pengakuan bahawa sudah bernikah bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri.

 

Puteri Sarah bagaimanapun enggan menerima kehadiran Ira Kazar sebagai madunya, lalu memfailkan penceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

 

Sumber: IG Story Puteri Sarah Liyana