Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman yang juga selebriti media sosial, Kasih Iris Leona mengakui tidak tertarik dengan lelaki ‘mat saleh’ untuk dijadikan kekasih walaupun dianggap lebih cenderung memilih teman lelaki dalam kalangan jejaka Inggeris.
Menurut Leona meskipun dia dilihat mengamalkan gaya hidup ala kebaratan, namun Leona lebih tertarik mencari teman lelaki dalam kalangan lelaki Asia terutamanya Melayu.
“Orang mungkin anggap saya lebih tertarik dengan lelaki berkulit putih (mat saleh). Tetapi saya tidak minat langsung.
“Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu,” katanya.
Tambah gadis berusia 24 tahun itu lagi, dia hanya boleh berkawan dengan lelaki mat saleh namun hatinya lebih tertarik dengan lelaki dari Asia untuk dijadikan kekasih.
“Ada banyak sebab. Antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahawa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka.
“Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai,” kata Leona.
Ujarnya, ketika ini statusnya masih solo selepas lapan bulan putus cinta kerana ibunya tidak membenarkan dia untuk bercinta buat masa sekarang.
Sumber: Kosmo! Online