“Kalau Saya Gemuk, Ada Beri Kesan Pada Awak Ke?,” Anak Azhar Sulaiman Respon Kecaman Netizen

Anak gadis kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona tampil bersuara selepas beliau menjadi kecaman segelintir individu yang melakukan buli siber dengan menghina bentuk badannya dan melabelkannya sebagai wanita gemuk.

“kalau saya gemuk, ada beri kesan pada awak ke?,” anak azhar sulaiman respon kecaman netizen

Ia susulan daripada video tarian yang menunjukkan dirinya dalam pakaian yang agak seksi, hingga menampakkan bentuk badannya.

video anak gadis menari kembali jadi kecaman, azhar sulaiman titip pesanan sinis

Baca: Video Anak Gadis Menari Kembali Jadi Kecaman, Azhar Sulaiman Titip Pesanan Sinis

 

Ekoran daripada buli siber itu, Leona berkata dia tidak pernah menghiraukan komen netizen malah sentiasa bersikap positif dengan apa yang dimilikinya, termasuk bentuk badannya sendiri.

 

“Kalau saya gemuk beri kesan kepada anda?

“Minta maaf kalau anda tidak berpuas hati dengan penampilan diri sendiri tetapi anda tidak perlu menunjukkan rasa insecure apabila melihat saya.

“Saya okey dan gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting,” katanya dalam aplikasi X.

 

Dalam pada itu, Leona turut menyindir kenyataan beberapa individu yang menyamakan bentuk fizikalnya seperti wanita berstatus ibu anak lima.

“kalau saya gemuk, ada beri kesan pada awak ke?,” anak azhar sulaiman respon kecaman netizen

“Ada yang cakap badan saya kelihatan seperti ibu kepada lima anak.

“Jadi, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?” balasnya.

 

Leona juga turut mempersoalkan mengapa ada segelintir individu yang gemar menulis komen negatif, sedangkan dia tidak pernah pula membaca komen yang diberikan kepadanya selama ini.

 

Beliau juga turut menzahirkan rasa simpati pada mereka yang suka memerhati kehidupan peribadinya, malah turut meminta agar mereka meneruskan hal tersebut jika ia boleh memberi kebahagiaan kepada mereka.

 

“Sekiranya memantau hidup saya memberi kegembiraan kepada anda, teruskan kerana kehidupan anda sudah terlalu kusut dan saya kasihankan perkara itu.

“Jika boleh memberi keterujaan, saya tumpang bahagia.

“Hidup ini singkat dan jika anda mahu menjalani kehidupan begini, silakan tetapi perlu tahu bahawa kehidupan bukan semata-mata dalam media sosial.

“Letak telefon dan pergilah menjalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda. Saya mengatakan ini kerana ambil berat,” katanya lagi.

“kalau saya gemuk, ada beri kesan pada awak ke?,” anak azhar sulaiman respon kecaman netizen

“kalau saya gemuk, ada beri kesan pada awak ke?,” anak azhar sulaiman respon kecaman netizen

Sumber: X @kasihirisleona