Amy Mastura Buka Rahsia Kekal Ramping Pada Usia 51 Tahun

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air.

amy mastura buka rahsia kekal ramping pada usia 51 tahun

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Namun siapa sangka disebalik wajah yang nampak muda dan tubuh kekal ramping, Amy Mastura sebenarnya sudahpun menjangkau usia 51 tahun.

.

Beliau mendedahkan rahsia bagaimana kekal ramping dengan amalan jarang memakan nasi yang diamalkan sejak mengandungkan anak pertamanya, Adriana, sejak 20 tahun lalu.

amy mastura buka rahsia kekal ramping pada usia 51 tahun

Jelasnya, sejak mengandungkan anaknya itu, beliau mempunyai alahan kepada bau nasi dan sejak dari itu keinginan dan selera untuk makan nasi mulai hilang.

.

"Entah kenapa saya tak suka dengan bau nasi. Namun saya masih makan nasi tapi kuantitinya tak banyak sangat. Kalau makan pun dua tiga sudu sekadar nak campur dengan lauk.

"Kalau tiada nasi pun tiada masalah bagi saya dan digantikan dengan apa-apa pun okay. Tapi rasa manis kena ada. Saya amat menggemari kek coklat dan mujurlah tiada penyakit diabetis," katanya.

.

Kecantikan wajah selebriti ini mendapat pujian ramai peminat kerana dikatakan awet muda dan wajahnya seolah tidak dimakan usia.

.

Beliau sebelum ini turut berkongsikan gambar perkahwinannya bersama suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21, dan rata-rata peminat kagum melihat wajahnya kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.

 

 

Selain pemakanan, Amy mendedahkan sikap kelakar dan suka bergurau dengan suami adalah antara petua awet muda dan kunci kebahagiaan rumah tangga mereka.

.

Pasangan itu turut mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18.

.

Sumber: [1]