Belum Jumpa Jodoh, Amira Othman Tak Tertekan Lihat Kawan-Kawan Dah Kahwin

Penyanyi, Amira Othman, 30, akui tidak berasa tertekan apabila rakan-rakan terdekatnya dalam kalangan selebriti rata-ratanya sudah berkahwin.

belum jumpa jodoh, amira othman tak tertekan lihat kawan-kawan dah kahwin

Menurut Amira, beliau akui sering diajukan pertanyaan mengenai perkahwinan namun tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdir yang sudah tertulis buatnya.

 

"Sekarang ini kalau ada kenalan rapat yang berkahwin saya sering menjadi sasaran dengan pertanyaan bila giliran saya nak menamatkan zaman bujang.

"Bukan tiada perancangan ke arah itu, tapi apa nak buat jodoh belum sampai lagi. Tipulah kalau sebelum ini saya tak pernah berkenalan atau merancang ke arah itu.

"Setiap kali menerima pertanyaan ini saya tak tertekan pun cuma bila ada yang mempersoalkan saya tidak takut ke kahwin lambat dan menerima zuriat pada usia yang tua, saya rasa soalan seperti itu tidak patut ditanyakan.

"Jodoh dan ajal di tangan-Nya. Siapalah kita untuk mempersoalkan qada dan qadar, semuanya sudah tertulis. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik pada waktu yang tepat," katanya.

 

Tambah Amira, sehingga kini beliau masih belum menemui kekasih hati namun kekal positif dan tidak berhenti berdoa agar diberi teman hidup yang mampu membimbingnya nanti.

belum jumpa jodoh, amira othman tak tertekan lihat kawan-kawan dah kahwin

"Hidup kita ini memang tiada jaminan sebab Dia Yang Maha Berkuasa. Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Tidak dinafikan saya masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa pun. Insya-Allah adalah nanti, sama-sama kita doakan," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro