Akui Masih Single, Amira Othman Cari Lelaki Berjambang, Penyabar

Penyanyi, Amira Othman akui beliau juga tidak terlepas daripada diajukan soalan ‘bila nak kahwin’, sama seperti orang lain diluar sana.

akui masih single, amira othman cari lelaki berjambang, penyabar

Perkara itu dikongsikan pemilik nama sebenar Nadia Amira Othman, 31, berkata beliau sudah tentu mahu berkenalan dengan lelaki yang serius untuk berkahwin dengannya, memandangkan usianya juga semakin meningkat.

 

“Saya faham itu soalan-soalan lazim, tambah pula nak raya ni kan? Kenalah bersedia nak menjawab.

“Tapi saya agak terasa hati juga bila ada orang persoalkan kat saya. Nanti kahwin lambat nak beranak susah. Itu diluar bidang kuasa saya. Kadang-kadang saya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya.

“Umur kita bukan makin muda, mestilah saya mahu lelaki serius dan niat dia memang untuk berkahwin. Bukannya sekadar untuk mengenali, bercinta lima atau tujuh tahun. Saya dah tak nak lalui fasa-fasa itu.

“Tapi kalau sekarang ni statusnya memang saya masih single lah,” kata beliau.

 

Dalam pada itu, Amira turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang bertanggungjawab dan juga penyabar.

akui masih single, amira othman cari lelaki berjambang, penyabar

“Saya rasa saya cari yang bertanggungjawab dan penyabar sebagai suami.

“Berbanding dengan orang yang tak sabar ni dia punya cara nak buat keputusan tu lebih kepada emosi dan sebagainya.

“Dan, kalau dia ada jambang tu bonus lah untuk saya,” kata Amira berseloroh.

 

Sumber: Astro Gempak