Kesinambungan Lagu Hasrat, Amir Jahari Kongsi Teaser Lagu Baru, “Sumpah Sedap!” [Video]

Baru-baru ini, nama Amir Jahari telah menjadi sebutan selepas berjaya menjadi juara menerusi lagunya berjudul ‘Hasrat’ dalam sebuah anugerah berprestij yang diadakan di ibu negara.

kesinambungan lagu hasrat, amir jahari kongsi teaser lagu baru, “sumpah sedap!” [video]

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dinobatkan sebagai juara anugerah berkenaan, sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.

 

Selepas beberapa hari lagu Hasrat dinobatkan sebagai pemenang, pemilik nama sebenar Mohamad Amirullah Jahari, 32, tampil dengan kesinambungan daripada lagu Hasrat, seperti yang dikongsikan oleh Amir di Tiktok.

kesinambungan lagu hasrat, amir jahari kongsi teaser lagu baru, “sumpah sedap!” [video]

“Kesinambungan dari lagu Hasrat, inshaAllah akan release lagu baru pada 8.3.24 ini. Sedikit teaser untuk kalian semua!,” tulis Amir Jahari pada kapsyen.

 

@amirjaharimuzik

Kesinambungan dari lagu Hasrat, inshaAllah akan release lagu baru pada 8.3.24 ini. Sedikit teaser untuk kalian semua!

♬ original sound - Amir Jahari

 

Meskipun hanya sedikit yang diperdengarkan kepada umum, warganet dilihat teruja menantikan lagu baharu Amir itu dan memuji irama serta liriknya yang sedap.

 

Sumber: Tiktok