Amir Jahari Dedah Pernah Murung Teruk Hingga Tiga Kali Cuba Tamatkan Hidup [Video]

Penyanyi, Amir Jahari mendedahkan beliau pernah berdepan dengan kemurungan yang teruk sehingga pernah berniat untuk menamatkan hidupnya sebanyak tiga kali sejak 2018.

amir jahari dedah pernah murung teruk hingga tiga kali cuba tamatkan hidup [video]

Menurut pemilik nama sebenar Mohamad Amirullah Jahari, beliau berkata hasrat itu terbantut selepas terbayang wajah beberapa insan penting dalam hidupnya.

 

“Saya pernah mengalami kemurungan yang teruk sehingga pernah terdetik untuk terjun dari jambatan sebanyak tiga kali.

“Tapi alhamdulillah, saya tidak teruskan niat untuk menamatkan riwayat sendiri sebab setiap kali saya nak terjun dari jembatan, saya akan terbayang wajah insan-yang saya sayangi.

“Kali pertama, saya terbayang wajah ibu saya. Ketika niat kali kedua pula, saya terbayang muka isteri dan anak. Kali ketiga, saya terbayangkan muka guru saya, Allahyarham Raja Ashman Shah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

 

Amir bagaimanapun enggan mendedahkan punca kepada kemurungannya selain berkata beliau sudahpun mendapatkan bantuan dan rawatan bagi mengatasi masalah tersebut.

 

“Sejak itu, saya rasa perlukan bantuan dan telah berjumpa dengan pakar psikiatri, selain mengambil ubat.

“Syukur, keadaan saya semakin baik dan tidak lagi mengambil sebarang ubat sejak 2021,” kata beliau.

 

Sumber: HIB Glam