“Saya dan Anna Kawan Baik, Kami Selesa Begitu,” - Amir Ahnaf

Pelakon, Amir Ahnaf menafikan dakwaan kononnya beliau sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon jelita, Anna Jobling.

“saya dan anna kawan baik, kami selesa begitu,” - amir ahnaf

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, beliau dan Anna Jobling hanya kawan baik dan mereka selesa sebegitu.

 

"Saya dan Anna hanya kawan baik. Kami selesa begitu," kata Amir yang kini bergandingan dengan Anna dalam drama bersiri Syurga Itu Bukan Mudah.

“saya dan anna kawan baik, kami selesa begitu,” - amir ahnaf

Malah, Amir juga berkata mereka akan terus bersahabat baik selepas bersama-sama dalam drama berkenaan.

 

Menurut Amir, disebabkan mereka sering bergambar dan melakukan video bersama, ramai dalam kalangan peminat mula menganggap mereka sedang mempunyai hubungan istimewa.

“saya dan anna kawan baik, kami selesa begitu,” - amir ahnaf

Baca: “Kesian Single Ya, Nah Tissue,” Video Amir Ahnaf dan Anna Jobling Tarik Tontonan Ramai

 

"Rasanya dalam era media sosial sekarang ini tidak salah untuk kita manfaatkan teknologi untuk mempromosikan drama.

"Apatah lagi, tindakan itu juga dianggap sebagai salah satu bentuk pemasaran juga. Sebagai pelakon saya kena promosikan drama," katanya.

 

Tambah lagi, Amir turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam hubungan Anna dengan pelakon, Meerqeen.

 

Sumber: HMetro