Amelia Henderson Luah Rasa Sedih Dilabel Degil Sombong Oleh Netizen

Pelakon, Amelia Henderson meluahkan rasa sedih apabila dilabel netizen sebagai degil dan sombong.

amelia henderson luah rasa sedih dilabel degil sombong oleh netizen

Ia susulan kerana tindakannya yang memilih untuk terus melawan kes saman membabitkannya dengan A Aida Production Sdn Bhd.

 

Menurut pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson, 28, beliau tidak pernah menduga akan berdepan kes mahkamah sepanjang 27 tahun membina nama sebagai anak seni.

 

"Saya tahu ada komen-komen netizen yang mendakwa saya degil, sombong dan sebagainya kerana membuat keputusan untuk terus perjuangkan kes ini yang memerlukan turun naik mahkamah.

"Kalau orang lain, saya rasa mungkin mereka tidak akan memilih jalan ini (tindakan undang-undang). Saya sendiri pun tak pernah membayangkan akan berdepan situasi ini.

"Bayangkan selama 27 tahun saya terbabit dalam industri ini sejak berusia 10 bulan, tempoh yang dilalui sangat lama. Jadi, tentulah saya sayangkan karier ini yang sepenuh jiwa saya serahkan," kata beliau.

amelia henderson luah rasa sedih dilabel degil sombong oleh netizen

Bagaimanapun, Amelia percaya kepada rezeki yang telah diaturkan Tuhan kepadanya meskipun akui terkesan dengan isu mahkamah yang terpaksa dilalui.

 

Terdahulu, Amelia telah diarahkan untuk membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida menerusi syarikatnya kerana didapati melanggar kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

 

Sumber: HMetro