Amelia Henderson Kongsi Mesej Kena Maki Individu Ini, “Ingat Lawa Sangat Ke?”

Pelakon, Amelia Henderson merupakan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Klang, Selangor. Namanya kini semakin dikenali selepas bergiat aktif dalam dunia model iklan dan kini telah membintangi beberapa drama dan filem.

amelia henderson kongsi mesej kena maki individu ini, “ingat lawa sangat ke?”

Terbaharu, pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson, 28, telah berkongsi satu mesej berbaur makian menerusi akaun Twitter miliknya.

 

Menerusi mesej itu, individu terbabit telah bertanyakan kepada Amelia apakah kacukan pelakon terbabit, namun mesejnya itu tidak dibalas.

amelia henderson kongsi mesej kena maki individu ini, “ingat lawa sangat ke?”

Berang kerana mesejnya tidak dibalas, individu itu terus melemparkan perkataan kesat dan tidak senonoh kepada Amelia.

 

Rata-rata netizen meminta agar pelakon itu tidak melayani mesej-mesej negatif seperti itu.

 

Terdahulu, Amelia merupakan pelakon yang mempunyai darah kacukan India dan Scotland.

 

Sumber: Twitter