Amelia Dapat Restu Datuk Mahu Sertai Miss Universe Malaysia Tahun Ni

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson, 27, dikatakan sudah mendapat restu daripada datuknya untuk bertanding dalam Miss Universe Malaysia, tahun ini.

amelia dapat restu datuk mahu sertai miss universe malaysia tahun ni

Menurut pemilik nama sebenar Amelia Thipura Henderson, ia berikutan berlaku sesuatu dalam keluarganya baru-baru ini yang membuatkan dia rasa mungkin patut ambil serius mengenainya.

 

"Atuk saya sudah 94 tahun yang sudah kabur pandangannya dan kadang-kadang tak berapa nampak saya setiap kali datang berjumpanya. Pendengaran dia pun kurang jelas.

"Ibu saudara saya ada hantar sebuah video bertanya kepada atuk sama ada patutkah saya sertai Miss Universe Malaysia? Dia terus setuju dan cakap saya patut cuba nasib.

"Lagilah saya tertarik nak masuk kerana bagi saya itu sebuah doa daripada atuk saya. Sekarang saya serba-salah kalau tak tunaikannya, bagaimana pula? Kita tengoklah macam mana," kata Amelia.

 

Ujar Amelia lagi, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum menyertai pertandingan itu, termasuklah hal kerja, kerana dia tidak mahu melakukannya hanya untuk suka-suka.

amelia dapat restu datuk mahu sertai miss universe malaysia tahun ni

Amelia turut mengambil kira prinsip yang diperjuangkan dalam pertandingan itu terutama apabila menyentuh soal pemerkasaan wanita dalam membuat pilihan.

 

"Pada saya, pemerkasaan wanita merangkumi kemampuan dan kebolehan wanita untuk memilih. Saya rasa perkara itu sangat penting untuk seorang wanita merasakan dirinya perkasa.

"Saya tak nak buat sesuatu yang saya rasa diri tidak selesa. Tapi kalau saya ada kuasa memilih di situ, saya rasa itu yang akan menentukan keselesaan untuk betul-betul ambil keputusan menyertainya.

"Kalau pilihan saya tak didengari dan terpaksa melakukan sesuatu demi puaskan pihak tertentu, saya takkan masuk. Lebih baik saya fokus pada rezeki yang ada sekarang, sudah cukup," katanya.

 

Sumber: HMetro