Amelia Henderson Benci Dilabel Sebagai Janda, “Kahwin Bukan Pencapaian”

Pelakon, pengacara dan selebriti berwajah cantik serta bijak, Amelia Henderson adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tempatan.

amelia henderson benci dilabel sebagai janda, “kahwin bukan pencapaian”

Mempunyai darah kacukan, Amelia baru-baru ini meluahkan rasa kurang senang apabila ada netizen yang melabelkan dirinya sebagai ‘janda’.

 

Janda merujuk kepada wanita yang sudah bercerai atau kehilangan suami. Pun begitu, Amelia yang dahulunya pernah berkahwin sekitar 2015 namun terpaksa membawa haluan masing-masing tiga tahun kemudian kurang bersetuju dengan gelaran itu kepadanya.

amelia henderson benci dilabel sebagai janda, “kahwin bukan pencapaian”

Kata Amelia, panggilan janda terhadap wanita harus dihentikan kerana ia seperti memperlekehkan golongan itu. Katanya lagi, dengan anugerah dan pengalaman luas selama 27 tahun dalam industri, beliau merasakan panggilan janda terhadapnya adalah kurang sopan dan tidak menggambarkan dirinya yang sebenar.

amelia henderson benci dilabel sebagai janda, “kahwin bukan pencapaian”

amelia henderson benci dilabel sebagai janda, “kahwin bukan pencapaian”

Katanya lagi, perkahwinan itu adalah satu yang indah namun ia bukanlah satu pencapaian.

amelia henderson benci dilabel sebagai janda, “kahwin bukan pencapaian”

Amelia Henderson atau nama sebenarnya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah dilahirkan pada 20 Oktober 1995, mempunyai darah kacukan India, Sri Lanka dan Scotland. Beliau dilaporkan pernah berkahwin pada 2015, namun bercerai pada 2018.

 

Sumber: Twitter Amelia Henderson