Amelia Handerson Tak Peduli Dilabel Seksi Dan Pelat Bahasa Melayu

Pelakon, Amelia Handerson enggan terus ambil peduli apabila dilabel sebagai seksi serta pelat bahasa Melayu yang dikaitkan dengannya sejak dari dahulu lagi.

amelia handerson tak peduli dilabel seksi dan pelat bahasa melayu

Pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson, 26, berkata beliau sedar dua perkara itu tidak akan pernah jauh dengannya kerana kedua label itu sudah sinonim sejak sekian lama.

 

Katanya, beliau memang tidak ambil peduli sangat dengan apa yang orang nak kata mengenai dirinya, malahan sudah biasa dengannya.

amelia handerson tak peduli dilabel seksi dan pelat bahasa melayu

Menurut Amelia lagi, penguasaan bahasa Melayunya kini juga sudah semakin baik dan fasih, tambah lagi beliau juga semakin banyak berlakon dalam drama Melayu. Beliau juga sering mempelajari sebutan bahasa Melayu dibelakang tabir untuk melancarkan sebutannya.

 

Kerjaya seni Amelia bermula sejak usianya satu tahun sebagai model dalam iklan Mothercare, dan terus menceburkan diri dalam dunia seni teater di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2007. Disamping itu, Amelia turut mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat sebagai pelakon suara filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.

 

Tidak terhenti disitu, Amelia juga sering ditawarkan watak dalam drama dan filem tempatan.

 

Sumber: [1], [2]