Terima Jambangan Bunga Dari ‘Secret Admire’, Amelia Christie Luah Rasa Teruja

Pelakon jelita, Amelia Christie berkongsi rasa teruja apabila menerima jambangan bunga daripada individu tidak dikenali.

terima jambangan bunga dari ‘secret admire’, amelia christie luah rasa teruja

Menerusi IG Story, Amelia akui terkejut menerima jambangan bunga daripada individu terbabit, namun dalam masa sama berasa teruja menerima jambangan bunga tersebut.

 

“OMG (oh my god), siapa yang bagi? Terima kasih banyak-banyak,” kata pelakon berusia 24 tahun itu.

terima jambangan bunga dari ‘secret admire’, amelia christie luah rasa teruja

Menerusi video di IG Story, Amelia menerima jambangan bunga itu dari wanita yang dipercayai pekerja hotel tempat Amelia menginap, namun tidak tahu butiran individu yang menghantar jambangan bunga itu kepadanya.

 

Berdasarkan keterangan pada kad, tertera nama Amelia yang disifatkan pengirim itu sebagai wanita paling jelita.

 

“Kepada Amelia Christie. Wanita paling jelita. Daripada peminat misteri,” tulis butiran pada kad tersebut.

terima jambangan bunga dari ‘secret admire’, amelia christie luah rasa teruja

Sumber: Instagram