Ameera Khan Tayang Kereta Baru Jenis BMW i7, “Bukan Saya Beli Tapi..”

Adik kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan baru-baru ini menarik perhatian ramai pengguna media sosial apabila dia menayangkan kereta yang baru sampai untuknya.

ibu neelofa syukur tiada seorang pun anaknya terlibat aktiviti tak elok

Kereta terbaharu jenis BMW i7 itu mempunyai harga bermula RM707,250 membuatkan ramai tertanya-tanya adakah kereta itu dibeli olehnya sendiri.

ameera khan tayang kereta baru jenis bmw i7, “bukan saya beli tapi..”

ameera khan tayang kereta baru jenis bmw i7, “bukan saya beli tapi..”

Menjelaskan dalam satu siaran langsung, Ameera yang lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK) berkata, kereta baharu itu adalah hadiah daripada kedua ibu bapanya untuk kemudahannya pergi bekerja dan juga bersiar-siar.

 

@neelofa_store betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 😍 #fyp #neelofastore ♬ Every Second - Mina Okabe

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap merendah diri pempengaruh media sosial itu kerana tidak menghebohkan mengenai kereta itu dan menjawab dengan baik pertanyaan oleh netizen.

 

Baca: Ibu Neelofa Syukur Tiada Seorang Pun Anaknya Terlibat Aktiviti Tak Elok

 

Sumber: Tiktok / Instagram