AME2021: 5 Top Momen Paling Best!

Sekian lama dinanti-nantikan, Anugerah MeleTOP ERA 2021 akhirnya melabuhkan tirainya malam tadi. Di kesempatan ini, geng SYOK ingin kongsikan 5 momen yang paling menangkap perhatian kitaorang malam tadi di #AME2021!

 

Mimi Lana & Syafiq Kyle Tampil Di AME2021 Bersama!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok)

 

Siapa je yang tak suka dengan pasangan selebriti popular ni? Selepas timbul khabar angin bahawa mereka telah putuskan hubungan percintaan, Mimi Lana dan Syafiq Kyle dengan tampil ‘menafikan’ dakwaan tersebut dengan penuh bergaya apabila mereka hadir dan membuat kemunculan bersama sebagai ‘couple’ di AME2021! Apa-apa pun, dorang ni memang sama cantik sama padan kan!

 

Shiha Zikir Menangis Ketika Menang Anugerah AME Pertama

ame2021 dah habis, ini dia 5 momen paling best!

Hampir 17 tahun mencuba nasib dalam industri hiburan bermula dengan Akademi Fantasia musim ketiga, artis serba boleh, Shiha dilihat begitu sebak ketika diumumkan Artis Versatil MeleTOP di AME2021 yang juga merupakan anugerah AME pertamanya. Tapi dalam diam, sebenarnya banyak lagi anugerah yang bakal ‘on the way’ malam tu buat pemenang Top Top MeleTOP kategori Wanita (AME2021) ni!

 

Krew AME2021 Buat Kejutan, ‘Join’ Khai Bahar & Syamel Nyanyi Di Pentas!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

Siapa nak sangka, krew AME2021 pun sebenarnya punya bakat nyanyian dalam diam! Ketika pentas ‘tribute’ yang didedikasikan buat Allahyarham Mamat Khalid & Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, salah seorang krew AME2021 kali ni menggantikan Naqiu yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta pada hari sama, dan sertai Khai Bahar dan Syamel menyanyikan “Cinta Kristal” di atas pentas.

 

Datuk Aznil Hj Nawawi ‘Tetiba’ Diumumkan Sebagai Pemenang Anugerah Khas MeleTOP AME2021

ame2021 dah habis, ini dia 5 momen paling best!

Sememangnya, AME2021 kali ini penuh dengan kejutan yang tidak disangka-sangka. Salah satunya termasuk lah momen ketika Datuk Aznil Hj Nawawi yang asalnya dijemput untuk menyampaikan Anugerah Khas MeleTOP AME2021 di atas pentas, sebenarnya merupakan pemenang anugerah itu sendiri! Memang terkejut habis reaksi Datuk Aznil Hj Nawawi bila diumumkan sebagai perangkul Anugerah Khas MeleTOP AME2021!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok)

 

 

Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Geng Top Top MeleTOP!

ame2021 dah habis, ini dia 5 momen paling best!

AME2021 kali ini menutup tirai dengan kemenangan Top Top MeleTOP yang berpihak pada Shiha Zikir (Top Top MeleTOP Wanita), Khai Bahar (Top Top MeleTOP Lelaki) dan Dolla (Top Top MeleTOP Grup/Duo). Ini merupakan kemenangan AME yang pertama buat Shiha dan Dolla, sementara Khai pula pernah merangkul Top Top MeleTOP Lelaki pada 2018 dan 2019. Tahniah diucapkan buat Shiha, Khai dan Dolla!