Penyanyi, Datin Alyah akui tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya, Datuk Ramli MS, sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.
Menurut pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan, beliau menyerahkan segalanya kepada Allah SWT sambil berdoa agar keharmonian rumah tangga mereka dipelihara.
“Saya tak boleh jangka apa akan jadi pada masa depan, jadi saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal (suami) pun, jika nak jadi apa-apa akan tetap terjadi.
“Kalau suami keluar atau saya pergi kerja, saya amalkan baca al-Fatihah serta ayat Kursi untuk diri sendiri, itu saja.
“Bahkan saya tak pernah buka telefon suami, selain tak terfikir nak periksa sebab serahkan semua kepada-Nya,” kata Alyah.
Alyah juga akui dirinya bukanlah jenis yang suka mengawal pasangan dan pengalaman menjadikan dirinya semakin matang.
Sumber: HIB Glam