Tak Kisah Hadap Kecaman, Alya Iman Sedih Bila Netizen Petik Nama Arwah Bapa

Pelakon, Alya Iman mengakui terbuka untuk menerima kecaman dari netizen susulan daripada tindakannya membuka tudung.

tak kisah hadap kecaman, alya iman sedih bila netizen petik nama arwah bapa

Namun ujarnya, beliau berada sedih apabila netizen mengaitkan dirinya dengan arwah bapa, Allahyarham Azmil Mustapha, lebih lagi berkenaan isu penampilannya.

 

“Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya.

“Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakap pun dia sudah tiada dalam dunia ini.

“Jika anda nak salahkan saya silakan… Saya terima semua benda dengan hati terbuka. Sebenarnya saya tak kisah orang cakap buruk tentang saya tapi bila nak libatkan arwah babah… Itu membuatkan saya rasa agak sedih,” ujarnya.

tak kisah hadap kecaman, alya iman sedih bila netizen petik nama arwah bapa

Memetik laporan daripada Gempak, meskipun komen yang diterimanya kini tidak seteruk dahulu, namun ada komen yang diberikan kepadanya membuatkan hatinya terluka.

 

Bagaimanapun, Alya menerima teguran yang diberikan netizen dengan hati terbuka.

 

“Tipulah tak rasa tertekan, tapi bagi saya kita tak boleh nak kontrol apa orang nak cakap. Nak tak nak saya yang pilih untuk jadi pelakon dan selebriti, itulah yang saya kena hadapi.

“Jadi saya terima sahaja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa sahaja yang orang nak cakap tentang baik buruk saya, saya terima.

“Sehingga kini pun masih ada lagi komen-komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan yang saya buat sekarang ini,” katanya lagi.

 

Alya Iman sebelum ini membuat penampilan tidak lagi bertudung kerana enggan bersikap hipokrit khususnya di media sosial.

 

Sumber: Gempak