Rasa Lebih Semangat, “Masa Nyanyi, Saya Tengok Wajah Isteri,” - Aliff Aziz

Minggu ke-5 All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan persembahan peserta, Aliff Aziz semakin baik dan meningkat, menyebabkan dia berjaya naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keenam pada minggu lalu.

 

Pada minggu tersebut, Aliff Aziz telah membawa lagu Penghujung Rindu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah, turut menerima pujian daripada juri ASGV.

Aliff turut mengakui prestasi persembahannya kembali pulih berkata, ia ada kena mengena dengan kehadiran isteri tercinta, iaitu Bella Astillah yang menonton persembahannya setiap minggu.

 

“Isteri saya memang sangat supportive sejak Gegar Vaganza 8 lagi. Saya sangat gembira dan syukur sebab sungguhpun jadualnya agak padat, beliau tetap luangkan masa untuk datang beri sokongan.

“Tadi masa nyanyi saya tengok muka isteri. Sungguhpun kita penyanyi profesional, kita tetap lalu fasa yang rapuh.

“Jadi bila tengok wajah-wajah yang familiar dan dekat dengan kita, ia buatkan semangat kita naik,” kata Aliff.

rasa lebih semangat, “masa nyanyi, saya tengok wajah isteri,” - aliff aziz

Pada konsert itu lagi, Aliff menerima markah keseluruhan sebanyak 66.7 peratus.

 

Sumber: Astro Gempak