“Ada Ke Dia Tanya Bil Api, Air Selama Tiga Tahun Kita Jaga Rumah?,” – Ali Puteh

Beberapa hari lalu, kecoh sekali lagi di media sosial mengenai kisah antara balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Alu dan adik iparnya, Ali Puteh.

“ada ke dia tanya bil api, air selama tiga tahun kita jaga rumah?,” – ali puteh

Selepas Ali Puteh mendakwa ada pihak yang meninggalkan ‘sesuatu’ selepas Nor Hidayah pergi ke rumah suaminya pada Jumaat lalu, hingga mendapat perhatian ramai.

tak boleh nak masuk rumah sendiri, isteri allahyarham abam bocey minta netizen nilai sendiri

Ekoran itu, Ali Puteh dilihat telah membuat siaran langsung Tiktok bersama dua orang pengamal perubatan Islam, kelmarin.

 

@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - #rakyatbulan

 

Dalam siaran langsung itu, Ali berkata beliau tidak berniat untuk membuat video tersebut, namun katanya pihak Nor Hidayah yang memulakan fitnah tersebut terlebih dahulu.

 

“Saya tak berniat tau nak buat video itu semalam, tapi pihak sana yang naikkan video fitnah itu dulu. Dia yang naikkan dulu kat TikTok dia kata dia datang ke rumah, tak ada orang bagi masuk, tak ada orang buka pintu, sejam depan pintu rumah.

“Tok saya tak duduk di situ, yang jaga rumah tu adik saya yang kecik. Kami tiga beradik je tinggal. Belakang rumah arwah Abam itu rumah kakak saya,” katanya.

 

Bukan itu sahaja, Ali turut berkata beliau tidak berada di rumah ketika kejadian kerana sedang di tempat kerja.

 

Ali turut meluahkan rasa terkilan apabila Hidayah mendedahkan keadaan rumah yang tidak terurus walhal mereka akan memotong rumput pada setiap bulan.

“ada ke dia tanya bil api, air selama tiga tahun kita jaga rumah?,” – ali puteh

Kata Ali lagi, sepanjang tiga tahun mereka adik beradik menjaga rumah tersebut, Hidayah tidak pernah pun bertanya soal bil elektrik atau bil air kepadanya.

 

“Semalam saya kerja Tok, hari Jumaat saya tak ada kat rumah. Datang pula tak beritahu nak datang, kalau esok datang hari minggu, mesti kami ada di rumah Tok.

“Lepas itu dia buat video kat TikTok, ini keadaan rumah, lusuh, rumput panjang. Tok, arwah Abam dah meninggal tiga tahun genap semalam. Kalau rumah tak berjaga, dah bertutup dengan sawang rumah tu.

“Rumput itu kami potong setiap bulan. Ada ke dia tanya bill api ke, bill air sepanjang tiga tahun yang kita jaga rumah itu. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu dan upload video kepada orang, orang datangkan maki dan benci kepada saya,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Feb 2020, dipercayai akibat demam panas. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak lelaki.

 

Sumber: TikTok @rakyat_bulan