Isteri Sebak, Ali Puteh Sanggup Gadai Motor, Trofi dan Kereta Demi Bayar Hutang [Video]

Pelawak, Ali Puteh dilapor sanggup menjual kereta, motosikal dan juga trofi yang pernah dimenanginya beberapa tahun lalu, dipercayai untuk melangsaikan hutang.

isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]

Menerusi video di Tiktok, Ali dilihat menenangkan isterinya, Melati Fitri yang sebak selepas kereta milik mereka jenis Honda Accord, dijual kepada pembeli.

isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]

"Honda Accord 'sold' (dijual). Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.

"Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri," demikian menurut kapsyen pada video.

 

@pojie.pidon Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan💪🏽 Moga ada rezeki lain 🤲🏻 @aliputeh @🌸 i am MeL 🌸 #sold #hondaaccord #honda ♬ bunyi asal - hilang

 

Selain kereta, Ali turut menjual sebuah motosikal RXZ berwarna merah yang dipercayai kepunyaannya sebelum ini.

 

@pojie.pidon RXZ SOLD ‼️ #sold ♬ original sound - 🎧 Lirik Pendek ✅ - caciu11

 

Malah, semua trofi dan piala kemenangan Ali ketika menyertai program realiti komedi beberapa tahun lalu juga dijual kepada beberapa pembeli.

isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]

"Sold (dijual). Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri," tulis @pojie.pidon menerusi Instagram.

 

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji tindakan Ali, dipercayai untuk melunaskan hutangnya kepada balu abangnya sendiri iaitu Siti Norhidayah, bernilai RM60,000.

 

Sumber: Instagram