Ali Puteh Dah Cuba Bayar Hutang Tapi Hidayah Tak Mahu

Pelawak, Ali Puteh menafikan dakwaan kononnya dirinya tidak berusaha melangsaikan hutang kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

ali puteh dah cuba bayar hutang tapi hidayah tak mahu

Memetik laporan dari portal BOOM!, Ali akui kesal dengan kenyataan yang dibuat Hidayah, seolah-olah menggambarkan dirinya seperti tidak langsung berusaha membayar hutang seperti yang dituntut.

 

“Saya kalau boleh tak mahu ulas panjang, tapi cukuplah kalau saya kata, dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya dah cuba untuk membayar RM75,486.48 seperti yang dituntut pada Mac lalu.

“Saya cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut, tapi ditolak kerana dia mahu bayaran secara tunai. Sedangkan saya, cuba berkompromi untuk selesaikan semuanya dengan harta benda yang saya ada.

“Itu sahaja jalan yang saya ada untuk selesaikan hutang tersebut. Itupun selepas dinilai hitung, harta yang masih ada tidak cukup untuk bayar keseluruhannya dan perlu tambah wang tunai.

“Janganlah buat macam saya ni tak berusaha atau buat tak tahu, saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu,” kata Ali seperti dipetik dari portal BOOM!.

ali puteh dah cuba bayar hutang tapi hidayah tak mahu

Malah, Ali berkata lagi, dalam keadaan sekarang dia tidak mempunyai tawaran bekerja dan agak mustahil untuk dia menyediakan wang tunai dalam jumlah yang dipinta.

 

“Saya hantar surat melalui peguam dan memaklumkan kepada pihak sana untuk menyelesaikan ganti rugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki saya kepada Hidayah seperti motosikal RXZ, motosikal 125Z dan motosikal Y15.

“Untuk mencukupkan jumlah dituntut, bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara ni saya pernah tanya pada peguam Hidayah, beliau kata jika tiada tunai, bayarlah dengan aset.

“Cukup-cukuplah, jangan putar belit fakta, kita sama-sama tahu apa yang terjadi,” kata Ali lagi.

 

Disebabkan itu, Ali berkata dia enggan terlalu melayan dan terus memberi fokus kepada perniagaan terbaharunya iaitu menjual sambal petai dan jering berlado.

 

Sumber: BOOM!