Rentas Negeri Akhirnya Dibenarkan Bermula Esok

Menurut Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan berkuatkuasa esok, 11 Oktober 2021.

rentas negeri akhirnya dibenarkan bermula esok

Ia susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 90 peratus. Bagaimanapun data terkini akan dikemasikini di laman sesawang covidnow tengah malam ini.

 

Kebenaran merentas negeri juga membenarkan aktiviti pelancongan dalam negara dilakukan, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

Beliau menambah, kebenaran ini khusus kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi dua dos, dan pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa akan dilakukan bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP). Bagi kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga masih dilarang aktiviti merentas negeri.

Pada 13 Januari lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

 

Menerusi pelaksanaan PKP 2.0, perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan termasuk di negeri-negeri yang diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP).