Kain Dipijak Sherry, Gelagat Hawa Rizwana Dipuji Comel [Video]

Penyampai berita, pelakon dan juga pengacara program MeleTOP, Hawa Rizwana Redzuan sering mencuri perhatian ramai dek kerana wajahnya yang dikatakan seiras dengan pengacara popular, Neelofa.

kain dipijak sherry, gelagat hawa rizwana dipuji comel [video]

Tidak mahu dikaitkan dengan pengacara popular itu, Hawa membawa nama dan imejnya sendiri sehingga kini berjaya meletakkan diri sebaris dengan selebriti lain di negara ini.

 

 Aksinya yang bersahaja sering mencuri perhatian ramai warganet khasnya pengikutnya sendiri, termasuk satu video yang dikongsikan olehnya di Tiktok.

kain dipijak sherry, gelagat hawa rizwana dipuji comel [video]

Dalam video tersebut, Hawa dilihat berusaha untuk menarik kainnya serba hijau yang labuh dipijak secara tidak sengaja oleh selebriti, Sherry Alhadad, semasa mereka berada di belakang pentas.

 

“Takut nak bagitau @sherry_alhadad,” tulis Hawa ringkas pada ruangan kapsyen.

 

@hawarizwanaredz Takut nak bagitau @sherry_alhadad ♬ Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

 

Video pendek itu nyata menarik perhatian ramai termasuklah daripada Sherry sendiri.

 

“Hahahahahaha adoiiii maafkan kakak,” kata Sherry yang tidak sengaja memijak kain Hawa yang labuh itu.

 

Aksi bersahaja Hawa ini menerima pujian ramai warganet yang rata-ratanya terhibur dan terpesona melihat telatahnya yang comel.

kain dipijak sherry, gelagat hawa rizwana dipuji comel [video]

Terdahulu, Hawa telah dipilih untuk mengendalikan program hiburan terkenal, MeleTOP, bergandingan bersama hos tetapnya, Nabil Ahmad.

 

Beliau mengakui masih kekok mengendalikan MeleTOP kerana selama ini beliau hanya mengendalikan program berbentuk serius, sebelum kini beralih ke genre hiburan.

 

Sumber: Tiktok / Kosmo!