Akaun Twitter Kakak Ira Kazar Lesap Lepas Didakwa Sindir Puteri Sarah

Beberapa hari lalu, akaun Twitter dipercayai milik kakak kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza telah berkongsi beberapa ciapan.

 

Ciapan yang dipercayai menyindir Puteri Sarah serta keluarga Datuk Yusof Haslam itu telah tular, sehingga mendapat perhatian netizen.

akaun twitter kakak ira kazar lesap lepas didakwa sindir puteri sarah

akaun twitter kakak ira kazar lesap lepas didakwa sindir puteri sarah

Bagaimanapun akaun Twitter @YasminKaza kini dilihat telah lesap, dipercayai sudah dinyahaktifkan selepas menerima kecaman ramai.

akaun twitter kakak ira kazar lesap lepas didakwa sindir puteri sarah

Terdahulu, Yasmin Kaza telah mempersoalkan tindakan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana yang kerap memuatnaik hantaran di media sosialnya. Tangkap layar ciapan itu juga telah dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial itu.

 

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah akhirnya telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini, 16 Januari 2023.

 

Terdahulu, pada 6 Januari lalu, Syamsul Yusof memuat naik sebuah video di IG miliknya dengan membuat pengumuman bahawa dia telah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand yang berwalikan bapa pengantin perempuan sendiri.

 

Sumber: Twitter