Akaun Tiktok Nadiyah Shahab Lesap Gara-Gara Lantang Bersuara Isu Palestin

Akaun media sosial Tiktok milik pelakon, Nadiyah Shahab, telah dilapor lesap gara-gara kelantangannya bersuara mengenai isu Palestin.

akaun tiktok nadiyah shahab lesap gara-gara lantang bersuara isu palestin

Beliau bagaimanapun akur dan redha kehilangan lebih 400,000 pengikut dan berjuta-juta tontonan melalui platform berkenaan.

 

"Okay semua, sudah rasmi. TikTok padam akaun saya selama-lamanya.

"Saya cuba dapatkan semula tetapi mereka tidak benarkan. Selamat tinggal 400,000 pengikut dan berjuta-juta tontonan.

"Sayang sekali... Biasanya video saya dapat berjuta-juta tontonan," katanya.

 

Beliau juga akui berasa sedih apabila akaun yang dikendalikan suaminya itu lesap dalam keadaan genting ketika ini.

akaun tiktok nadiyah shahab lesap gara-gara lantang bersuara isu palestin

"Saya tidak kecewa apabila tidak ada TikTok lagi. Saya buka pun sekali sahaja untuk memantau perniagaan.

"Setiap hantaran yang dimuat naik pun, suami saya kendalikan. Setiap rakaman, suntingan dan kapsyen… Semua Ben buat.

"Saya buta teknologi. Saya pun tak tahu hendak muat naik video TikTok, apa lagi nak rakam.  Tetapi saya sedih atas usaha suami yang sia-sia,” kata beliau.

akaun tiktok nadiyah shahab lesap gara-gara lantang bersuara isu palestin

Terdahulu, isteri kepada pelakon Ben Ali itu dilihat aktif menyebar dan berkongsi mengenai konflik yang melanda Palestin di media sosialnya.

 

Sumber: Instagram