Aisyah Aziz Rasa Tenang Betulkan Solat, Dekati Tuhan, “Saya Diuji 23 Jan Tahun Lalu,”

Penyanyi, Aisyah Aziz meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang oleh Tuhan untuk memperbaiki diri, terutamanya berkaitan agama.

aisyah aziz rasa tenang betulkan solat, dekati tuhan, “saya diuji 23 jan tahun lalu,”

Menurut beliau, perkara itu jelas terbukti apabila doanya untuk berada di jalan Allah dimakbulkan menerusi pelbagai dugaan serta peluang untuk memperbaiki solat.

 

“Sekitar tahun lalu, saya minta pada Allah agar diberikan hidayah dan petunjuk agar diberi kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang perlu.

“Apabila diminta kekuatan, Allah berikannya. Kemudian Dia menguji saya dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu untuk membimbing ke jalanNya,” katanya dalam InstaStory.

 

Tambah penyanyi berusia 30 tahun itu lagi, beliau mula memperbaiki solat apabila belajar daripada seorang sahabat, selain hubungan dengan ibu bapanya juga semakin baik selepas menjejakkan kaki ke Tanah Suci, November tahun lalu.

 

@tallyfazzy pls pls pls don't sleep on aisyah aziz's damai 😮‍💨 so so good!!! beautiful lyrics, beautiful vocals, listened to it live & now i just can't get over it tbh. good things must share so enjoy 🫶🏼 #aisyahaziz #tentangesok ♬ original sound - fazzy

 

“Saya memperbetulkan semula solat dan banyak diinspirasi daripada seorang sahabat. Perkara itu memberikan ketenangan jiwa.

“Selain itu, saya lebih memahami tentang erti bersederhana, menangis seorang diri dengan menyoal diri sendiri sama ada mampu untuk menjauhi perkara berkaitan duniawi.

“Hubungan saya dengan ibu dan ayah juga semakin baik malah dapat peluang menunaikan ibadah umrah pada tahun lalu.

“Sejujrnya terlalu banyak untuk dikongsi tetapi masa yang tepat belum tiba atau semua ini hanya antara saya dengan Allah,” kata adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu.

aisyah aziz rasa tenang betulkan solat, dekati tuhan, “saya diuji 23 jan tahun lalu,”

Terdahulu, Aisyah Aziz mula menjadi perhatian ramai apabila dilihat mula kerap tampil bertudung dalam beberapa undangan persembahan.

 

Sumber: Instagram