Aisyah Aziz Dipuji Kini Makin Sopan Bertudung Bawal Dikhalayak Ramai

Penyanyi, Aisyah Aziz baru-baru ini telah menarik perhatian ramai selepas muncul dengan imej bertudung, selepas beliau kembali mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

 

Menerusi video Tiktok, penyanyi ini dirakam sedang menjalani sesi rehearsal untuk sebuah program televisyen Singapura, sambil mengalunkan lagu berjudul Terakhir Ku Lihat Wajahmu, nyanyian asal Uji Rashid.

aisyah aziz dipuji kini makin sopan bertudung bawal dikhalayak ramai

Tampil dengan dress hitam bertudung bawal, rata-rata warganet dilihat memuji penampilan terkini pemilik nama sebenar Nur Aishah Aziz, 30, ini.

 

@jujulee7 Aisyah Aziz rendition of Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu during rehearsal of Projek Kasih 2024. Beautiful 💖 Aisyah Aziz dendangkan lagu Uji Rashid Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu untuk sebuah rancangan TV. Boleh ke link https://fb.watch/pJrKEqjo2p/?mibextid=OahPPX atau search Mediacorp Untukmu on fb untuk tonton full clip. #kaliterakhirkulihatwajahmu #aisyahaziz #projekkasih ♬ original sound - jujulee7

 

Namun, ada pula netizen yang ‘memetik’ nama isteri kepada abangnya Alif Aziz iaitu Bella Astillah, yang turut berdoa agar diberi hidayah untuk sama-sama berhijab.

 

“Aisyah sudah bertudung ke? Alhamdulillah semoga terus istiqamah.”

“Ayunya tampak Aisyah Aziz berhijab.” 

“Cantik anggun bertudung, semoga menjadi asbab Bella untuk terikut sama,” demikian antara komen daripada netizen.

 

Terdahulu, Aisyah Aziz mula menjadi perhatian ramai apabila dilihat mula kerap tampil bertudung dalam beberapa undangan persembahan.

aisyah aziz rasa tenang betulkan solat, dekati tuhan, “saya diuji 23 jan tahun lalu,”

Baca: Aisyah Aziz Rasa Tenang Betulkan Solat, Dekati Tuhan, “Saya Diuji 23 Jan Tahun Lalu,”

 

Sumber: Tiktok