Aisha Retno Tak Memilih Pasangan Asalkan Dia Suka Kucing

Penyanyi dan pemenang tempat ketiga Big Stage 2022, Aisha Retno mengakui tidak memilih pasangan untuk ke fasa lebih serius, asalkan si dia suka pada kucing.

aisha retno tak memilih pasangan asalkan dia suka kucing

Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, berkata buat masa ini beliau hanya mahu berkawan sahaja namun jika mencari pasangan kelak, individu itu mestilah berpendidikan, sopan santun, menyayangi keluarga dan suka pada kucing.

 

Aisha menjelaskan sebab kepada beliau meletakkan kriteria suka pada kucing adalah kerana beliau sendiri amat sayang pada kucing dan mempunyai 30 ekor kucing yang sedang dibela.

aisha retno tak memilih pasangan asalkan dia suka kucing


Ujar beliau, melayan keletah kucing adalah satu terapi terbaik untuk menyalurkan ketenangan pada dirinya selepas penat bekerja.

 

Tambahnya lagi, beliau juga tidak gemar untuk meletakkan dirinya dengan kisah-kisah sensasi untuk mendapatkan publisiti dan populariti murahan.

 

Nama Aisha Retno pernah menjadi sebutan ramai selepas wajahnya terpampang pada papan iklan gergasi Times Square di New York pada Julai lalu.

 

Sumber: HMetro