‘Lambat Panas’ Walau Ada Bakat, Aisha Retno Jadikan Aina Abdul Inspirasi

Penyanyi, Aisha Retno tidak melatah apabila karier muziknya dikatakan ‘lambat panas’ meskipun dikurniakan bakat seni yang besar.

‘lambat panas’ walau ada bakat, aisha retno jadikan aina abdul inspirasi

Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retni Sayed Sipulijam ini berkata, kerjaya seninya berjalan seperti biasa meski tidak semegah penyanyi lain.

 

Menurutnya, dia percaya pada rezeki dan menjadikan Aina Abdul sebagai sumber inspirasi untuk dirinya terus mewarnai dunia seni tanah air.

 

“Saya selalu berpegang kepada konsep ‘go with the flow’. Apa yang berlaku, pasti akan berlaku dan jangan berhenti buat muzik. Sentiasa bersyukur.

“Macam apa yang jadi kepada Aina Abdul dan pemuzik-pemuzik lain. Betul, kejayaan itu akan mengambil masa.

“Saya percaya, kalau kita buang sifat negatif dan selalu pandang ke hadapan, insya-Allah rezeki itu akan datang,” katanya.

‘lambat panas’ walau ada bakat, aisha retno jadikan aina abdul inspirasi

Aisha yang tampil dengan single terbaharu duet bersama Aziz Harun berjudul Jarak, tidak menolak pasti akan timbul gosip percintaan antara mereka selepas lagu berkenaan dilancarkan kepada umum. Aisha bagaimapun sedia berhadapan dengan apa jua yang dayang secara profesional.

Sumber: Kosmo! Online