Dulu Hanya Kejar View & Duit, Aisar Khaledd Kini Lebih Matang

Nama Aisar Khaledd suatu ketika pernah menjadi sebutan dek kerana beberapa kandungan yang cukup kontroversi tular di media sosial.

dulu hanya kejar view & duit, aisar khaledd kini lebih matang

Pelakon dan influencer itu mengakui tidak berfikir panjang ketika awal penglibatannya dalam dunia kandungan media sosial, menyebabkan beliau menerima kecaman yang dahsyat.

 

Aisar yang kini mula berjinak dalam dunia lakonan TV berkata, ketika awal dahulu beliau hanya memikirkan soal keuntungan, populariti serta jumlah tontonan sebanyak mungkin menerusi kandungan yang dicipta olehnya.

 

“Dulu, saya tidak fikir impak atau kesan. Saya hanya fikir jumlah tontonan yang boleh mendatangkan keuntungan. Semua di media sosial nak popular dan buat duit.

“Tetapi, saya tak fikir panjang. Tidak fikir apa impak pada masa akan datang. Saya sedar sekarang, setiap kandungan perlu ada manfaat kepada umum.

“Mungkin sekarang saya semakin matang. Kalau boleh mahu kongsi gambar atau video yang beri manfaat sahaja,” katanya.

 

Jelas Aisar lagi, meskipun beliau adalah seorang influencer di media sosial, ia bukanlah tiket mudah buatnya untuk menerima sebarang tawaran berlakon. Katanya, beliau tidak kisah untuk membawa sebarang watak dan karakter jika diberikan tawaran oleh mana-mana produser.

 

Sumber: Utusan